8 Fakta Lisa Surihani Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu!


Advertisement

Lisa Surihani bukan nama yang asing lagi di dalam industri hiburan tanah air. Sejak menempah nama dalam industri sehingga dirinya berkahwin dengan Yusry KRU, nama Lisa Surihani tetap disebut-sebut malah dirinya dilihat seolah-olah sangat merendah diri.

Mula berjinak dengan iklan komersial seperti Johnson & Johnson dan McDonald seawal usia 11 tahun, Lisa banyak meraih anugerah seperti Anugerah Pelakon Terbaik Untuk Festival Filem 2010, Aktres Komedi Terbaik Untuk Anugerah Lawak Warna dan beberpa anugerah lain. Jom ikuti 8 fakta Lisa Surihani yang tidak diketahui ramai.

MENARIK:- Tahniah! Lisa Surihani Sah Hamil

1. Yuran Pengajian A-levelnya Guna Duit Sendiri

8 Fakta Lisa Surihani Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu!

8 Fakta Lisa Surihani Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu!

Lisa ni dari usia muda lagi mula berjinak di dalam dunia pengiklanan seperti iklan komersial ayam goreng McDonald pada tahun 2001. Tanpa kita tahu, rupa-rupanya Lisa muncul dalam video klip Milikku nyanyian Zahid AF. Mungkin daripada bayaran itu, Lisa akhirnya berjaya membayar yuran pengajiannya tanpa menggunakan duit orang tuanya.

2. Rupa Lisa Persis Harry Potter

8 Fakta Lisa Surihani Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu!

Parut yang mungkin dapat dilihat di dahinya itu merupakan parut kekal akibat terjatuh dari tangga di usia mudanya. Ada parut pun tidak menjejaskan rupanya yang cantik dan comel, betul tak?

3. Lisa Surihani Pernah Sertai PBSM

8 Fakta Lisa Surihani Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu!

Kalau ikutkan sejarah, Lisa Surihani pernah menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) namun faktanya Lisa takut akan darah. Pelik! Ahaks.

4. Lakonan Pertama Di Usia 12 Tahun, Telemovie Fobia dan Gergasi


8 Fakta Lisa Surihani Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu!

5. Lisa Memiliki Bakat Menyanyi

Kalau nak tahu, Lisa ni pun boleh menyanyi. Dengan suara serak-serak basahnya mampu menarik perhatian komposer, ahaks! Cuba lihat video nyanyiannya ini memang best sekali walau kelihatan agak malu-malu apabila disuruh menyanyi.

6. Busana Pengantin Inspirasi Dari Kate Middleton

8 Fakta Lisa Surihani Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu!

Kalau nak tahu busana yang dipakai oleh Lisa Surihani ketika majlis perkahwinannya dengan Yusry KRU merupakan hasil rekaan Putra Aziz dari Cosry Couture dan mirip gaun perkahwinan Kate Middleton.

7. Suka Lelaki Tinggi Dan Kemas

8 Fakta Lisa Surihani Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu!

Nyata sekali ciri-ciri yang diinginkan ada pada insan yang bernama Yusry. Lisa Surihani sangat meminati Yusry di dalam kumpulan KRU yang dahulunya sangat terkenal dan menjadi kegilaan ramai wanita. Kini Yusry merupakan suaminya sehingga kini, jodoh dari Tuhan ihiks!

8. Bercita-cita Ingin Menjadi Peguam

8 Fakta Lisa Surihani Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu!

Lisa Surhani merupakan graduan dalam jurusan undang-undang. Akuinya juga bercita-cita ingin mengikut jejak langkah bapanya yang juga seorang peguam disegani ramai.

Bagi anda yang mengikuti perkembangan Lisa Surihani, kini dirinya sedang sarat hamil anak pertama hasil perkongsian hidup dengan Yusry. Selepas 3 tahun menanti dengan penuh sabar, akhirnya Allah kurniakan pasangan ini dengan cahaya mata pertama. Semoga Lisa dan kandungan berada di dalam keadaan selamat dan sihat. Meh lihat wajah Lisa Surihani yang terkini, chubby comel je “Seri Ibu Mengandung, Foto Lisa Surihani Kini Semakin Comel!“

Sumber asal: sajakongsi.com

6 total views, 6 views today

ep2p-2