20% Majikan Malaysia (Peruncitan, Hospitaliti, Pembuatan) Cadang Buang Pekerja Gara-gara GST?

20% Majikan Malaysia (Peruncitan, Hospitaliti, Pembuatan) Cadang Buang Pekerja Gara-gara GST?

Nampaknya selepas GST mula memasuki bulan ketiga pelaksanaan, ia terus menjadi ingauan negeri bagi kalangan majikan dan peniaga SME, peniaga kecil di Malaysia. Ini diakui sendiri oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Masakan tidak, satu demi satu pekerja diberhentikan dek kerana tidak mahu bertahan dengan kos operasi yang melonjak tinggi selepas sahaja GST dilaksanakan.

majikan malaysia

Baca Berita Ini : Kenaikan Harga Barang Naik 20%-30% Bermula 1 April 2015 Pelaksanaan Cukai GST Malaysia 6%. Survey Anda Pula?

Persekutuan Majikan malaysia (MEF) mempunyai 5000 syarikat berdaftar, 22 persatuan perdagangan
20% Majikan Malaysia (peruncitan, hospitaliti, pembuatan) di bawah Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mempertimbangkan untuk memberhentikan pekerja mereka
Perniagaan ahli mereka jatuh kerugian sejumlah 30% selepas GST
Sektor perniagaan peruncitan jatuh keuntungan sejumlah 20%-50%
Dengan kadar tukaran asing bagi ringgit Malaysia sekarang semakin berlambak di pasaran sekarang akibat tidak laku, di mana mencatatkan pagi ini berada pada paras RM3.71 bagi setiap 1 dollar Amerika, syarikat yang terpaksa mengimport barang dan bahan mentah daripada luar serta syarikat trading semakin terjejas
Harga minyak dunia tidak semewah seperti dahulu sekaligus pemberian dividen oleh Petronas kepada kerajaan semakin berkurang

Berita Semasa difahamkan ada syarikat yang pendapatan mereka kurang daripada RM500,000 telah ditolak permohonan mereka berdaftar dengan GST atas sebab-sebab yang tidak diketahui dengan jelas. Mengapa jadi begini?

P/S : Rakyat Malaysia dilihat semakin berhati-hati ketika berbelanja pada hari ini. Berita kenaikan harga minyak bukan lagi tekanan hebat kepada rakyat Malaysia tetapi pelaksanaan GST yang dikenakan kepada penguna bagi kebanyakan uruniaga dan perbelanjaan, itulah yang menyebabkan perbelanjaan boleh guna mereka semakin menipis. Apa kata anda pula?

Fb-Button

Siarkan Komen Anda di Facebook

Komen Bernas di Berita Semasa

ep2p-2