zulfadhli-dan-chong-wei-dipilih-wei-feng-digugurkan
Pemain perseorangan muda negara, Zulfadhli Zulkifli akhirnya boleh menarik nafas lega, apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan pemain berusia 21 tahun itu akan mengiringi Datuk Lee Chong Wei di Kejohanan Dunia di Jakarta, Indonesia pada Ogos.

Walaubagaimanapun keputusan itu menyaksikan nama Chong Wei Feng digugurkan.

BAM menganggap Wei Feng sudah memperoleh peluang sebelum ini dan telah pun mengutip pengalaman penting dipentas dunia berbanding Zulfadhli.

Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang mengumumkan keputusan tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat exco BAM di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini.

Beliau berkata, pemilihan itu dibuat kerana sudah menjadi polisi persatuan itu untuk mengetengahkan bakat-bakat baharu bagi mencari pengalaman dalam usaha membina semula skuad kebangsaan.


sukan