Zoo Jepun kena kutuk sebab hina anak Raja Britain.

Pihak pengurusan sebuah taman negara di Jepun terpaksa mempertimbangkan semula nama seekor bayi monyet setelah tinjauan pendapat terbuka sebelum itu memutuskan untuk memberikannya nama Charlotte.

Pasal monyet je pun, tapi kecohnya punya lah dasyat. Adayang bersuara mengatakan nama yang diberikan agak kurang sopan. Ye ke? Ooh, kebetulan nama haiwan itu menyerupai nama puteri terbaharu diraja Britain yang lahir pada 2 Mei lalu.

Haha.. Taman Nasional Monyet Liar Gunung Takasaki dalam kenyataan tradisi untuk monyet pertama yang lahir setiap tahun pada Rabu mengumumkan Charlotte dipilih setelah nama itu menjadi paling atas dalam satu bancian.

Agensi berita Kyodo melaporkan, ramai mengadu, bagaimana reaksi rakyat Jepun jika zoo di Britain memberi nama binatang menyerupai dengan nama seorang anggota kerabat yang dihormati keluarga maharaja Jepun.

Apapun, kena la respect.. Mayb ia secara kebetulan.. So, ntah la.. No komen.. Jangan sampai mencetuskan ‘peperangan’ sudah la yer.. Manusia manusia.. Takde kesudahan! ~~MiraAzhar/Utaranews.com

ep2p-2