Zizan Razak kini diambang kejatuhan? Dah tak popular??

Tak habis-habis dengan kontroversi panas melanda diri, ada pihak percaya pelawak Zizan Razak ni sedang di ambang kejatuhan kariernya.. Bagi Zizan sendiri semua itu dia tak kisak, sebab semua yang berlaku adalah ketentuan Tuhan buat manusia..

“Kita tidak boleh kata seseorang itu sedang berdepan dengan zaman kejatuhan kerana jatuh bangun seseorang itu adalah ketentuan Allah. Saya pun tidak boleh bercakap adakah saya melalui fasa kejatuhan atau tidak kerana semua itu adalah rezeki. Dan Alhamdulillah, sehingga kini tawaran kerja masih lagi ada.” ujarnya..

Bagi Zizan apa yang berlaku dulu ada sebauh kenangan serta dugaan hidup yang sudah ditakdirkan untuk dirinya.. Sekarang ni dia beri fokus 100 % pada kerjaya..

Kontroversi yang paling hangat pasal diri Zizan ialah  bila dia dituduh sebagai pelawak kasanova yang mengirim mesej lucah kepada beberapa wanita.. Zizan jugak didakwa menlanggan pelacur waktu ada kat Indonesia..

Apapun, ada betul jugak apa yang dikatakan Zizan tu, jatuh bangun seseorang semua atas ketentuan Tuhan.. Tapi kita sebagai manusia, kalau boleh cubalah elakkan diri dari terpalit kontroversi panas.. Bak kata pepatah “tak ada angin, takkan pokok bergoyang”.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2