WhatsApp Dengan Antaramuka Material Design Diperkenalkan Kepada Semua Pengguna Android

WhatsApp telah memulakan pengenalan aplikasi permesejan mereka dengan antaramuka Material Design beberapa minggu yang lepas. Tetapi ketika itu, ia hanya diperkenalkan secara terhad dan tidak menyeluruh. Bermula minggu lepas, WhatsApp telah mula memperkenalkannya secara lebih meluas kepada semua pengguna dengan terbitkan ia pada PlayStore.

Melalui versi baru yang dibawakan ini, ia membawakan rekaan antaramuka yang baru, termasuk penggunaan beberapa ikon baru pada aplikasi berkenaan.

WhatsApp Material Design

Secara kasar, selain perubahan dari segi warna, dan rekabentuk, ia tidak membawakan perubahan fungsi – dan pengguna masih boleh kekal menggunakannya tanpa sebarang kekeliruaan. WhatsApp turut menyertakan beberapa animasi terbina pada aplikasi ini.

Bagi para pengguna WhatsApp pada Android, anda boleh menikmati perubahan antaramuka ini dengan mengemaskini aplikasi anda melalui PlayStore hari ini.

ep2p-2