Wak Mustar Mahu Kongsi Wang Kemenangan Bersama Anak Dan Isteri

Advertisement

Juara Kilauan Emas 5, Wak Mustar memberitahu ingin berkongsi wang kemenangan bersama anak-anak dan juga isterinya selain kepada mereka yang memerlukan.

“Insyaallah wang kemenangan ini akan saya gunakan untuk mengadakan kenduri doa selamat dan bersedekah.

“Untuk 5 orang anak saya pula, akan saya berikan RM10, 000 setiap orang sebagai simpanan.

“Saya juga akan berkongsi dengan isteri dan menggunakan wang ini sebaik-baiknya,” katanya.

Artikel sebelum:- Tahniah! Wak Mustar Juara Kilauan Emas 5, Rangkul RM100,000

Wak Mustar Mahu Kongsi Wang Kemenangan Bersama Anak Dan Isteri

Menurutnya yang sebelum ini bekerja sebagai tukang kayu, dengan kemenangan yang diperoleh semalam sedikit sebanyak memberikan dirinya ruang untuk berehat sebentar.

Bagaimanapun, Wak Mustar juga tidak menolak sekiranya dipelawa menyanyi mahupun berlakon.

Wak Mustar membawa pulang hadiah wang tunai RM100, 000, sebuah motorsikal bernilai RM50, 000, kerusi urut sumbangan Go Shop dan sebuah trofi selain Anugerah Khas Juri bernilai RM10,000.

Wak Mustar Mahu Kongsi Wang Kemenangan Bersama Anak Dan Isteri

Wak Mustar bersama peserta yang memenangi tempat kedua.

8 total views, 8 views today

ep2p-5small