Virginia Beach (Amerika Syarikat): Seorang lelaki boleh dianggap sebagai penjenayah paling bodoh apabila dia ditangkap beberapa jam selepas memuat naik video dan gambarnya merompak sebuah bank di Instagram.

Dominyk Alfonseca, 23, memuat naik satu rakaman video yang memaparkan dia merompak sebuah bank di sini, minggu lalu.

Dia turut memuat naik nota untuk mengugut wang daripada kerani bank dan wang yang dirompaknya.

Alfonseca ditahan beberapa jam selepas rompakan berkenaan selepas polis mendapat maklumat daripada laman Instagram lelaki itu.

Lelaki itu yang ditemu bual sebuah stesen televisyen mengaku tidak bersalah kerana mendakwa dia bersopan ketika melakukan jenayah itu.

“Saya masuk ke bank berkenaan dan bercakap dengan sopan sambil memberikan nota itu kepada juruwang.

“Saya tidak membawa senjata atau menggunakan kekerasan dan juruwang itu memberikan wang kepada saya.

Dominyk Alfonseca posted a picture of the note he handed

“Rompakan membabitkan unsur paksaan atau ugutan tetapi saya tidak melakukan perkara itu,” katanya. Bagaimanapun, seorang jurucakap polis berkata, juruwang berkenaan terpaksa menyerahkan wang kepada Alfonseca kerana bimbang lelaki itu membawa senjata atau akan bertindak ganas. Menurutnya, Alfonseca akan didakwa di mahkamah pada bulan depan atas tuduhan melakukan rompakan. – Agensi


jenayah, Uncategorized