Video: Pekerja Hotel Maut Di Rempuh Myvi DI Putrajaya

Putrajaya – Seorang pekerja hotel maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Presint 5 awal pagi tadi.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 9.33 pagi itu, mangsa Affendi Aziz, 36, maut di tempat kejadian setelah motosikalnya dirempuh kenderaan berkenaan di simpang empat lampu isyarat.

 

 

Akibat rempuhan kuat, mangsa tercampak beberapa meter menyebabkan kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

 

Difahamkan pemandu kereta berkenaan sedang dalam perjalanan menghala ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

 

Bagaimanapun pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid mengesahkan kejadian tersebut.

 

“Lampu isyarat berhampiran simpang empat Pullmen berfungsi seperti biasa dan sehingga kini siasatan masih dijalankan,” katanya.

 

Related




This entry was posted in Berita (Semasa), Terkini and tagged kemalangan maut, lampu isyarat, Myvi, rempuh, simpang empat. Bookmark the permalink.

ep2p-5small