PEMAIN bola sepak antarabangsa, Luis Suarez telah membuat satu kejutan melalui panggilan video kepada peminatnya yang sedang bertarung dengan penyakit kanser.

Pada mulanya peminat Luis sangkakan dia akan berkomunikasi dengan seorang doktor dari Spain namun terkejut apabila pemain kelab Barcelona itu muncul di skrin komputernya.

Luis dilihat memberi kata-kata semangat sebagai tanda sokongan kepada peminatnya untuk melawan penyakit pembunuh itu.

Walaupun perkara itu disifakan sebagai remeh namun ianya sangat bermakna dan besar bagi seseorang yang memerlukan sokongan dan semangat baru untuk berjuang.

Sememangnya Luis masih ada sifat perikemanusiaan dan baik hati walaupun suka ‘menggigit’ dalam perlawanan bola sepak. – MYNEWSHUB.CC