TEKS1M Bakal Berwajah Baru Ganti Proton Exora.. @SPADChannel

Perkhidmatan Teksi 1 Malaysia (TEKS1M) yang sekarang ini sinonim dengan kenderaan model Proton Exora berwarna putih coklat keemasan dijangka akan memperkenalkan TEKS1M Model Toyota Innova…Portal otomatif Paultan.Org mengeluarkan artikel tentang jangkaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk memenuhi keperluan TEKS1M sebanyak 7,500 unit menjelang akhir tahun ini.

Setakat ini, TEKS1M yang bermodelkan Proton Exora terdapat sebanyak 1,000 unit di kawasan Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang..jangkaan untuk mencapai sasaran 7,500 amat jauh sekali…dan bagi memenuhi sasaran Toyota Innova dicadangkan sebagai ganti…

Jangkaan harga bagi TEKS1M-spec Toyota Innova akan bermula pada harga RM 73,288 untuk manual dan RM76,011 untuk automatik..selain Toyota, SPAD turut melakukan rundingan dengan jenama lain seperti Nissan..

Nissan sekarang ini sedang mengembangkan model NV200 sebagai teksi dalam usaha syarikat itu menjadi kuasa teksi dunia…di bawah ini model Nissan NV200 yang banyak digunakan di bandaraya besar dunia New York..

Cadangan ini merupakan satu lagi pendekatan baru SPAD bagi menaikkan imej pengangkutan awam di Malaysia..penggunakan akan ada lebih pilihan untuk menaiki kenderaan jenis apa..jikalau sasaran 7,500 model TEKS1M tercapai, ia akan memberi perkhidmatan yang berkualiti setanding negara maju dunia…

TEKS1M yang diperkenalkan dengan model Proton Exora merupakan inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Program Pelancaran Perdana…Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata “teksi bajet dan eksekutif yang mencapai had umur 10 tahun perlu ditukar kepada TEKS1M yang telah berkuatkuasa 1 Mei tahun lalu”..

Inovasi ini semua berlaku dengan matlamat mahu meningkatkan imej kenderaan awam di Malaysia dan mampu bersaing dengan perkhidmatan pengangkutan awam dinegara maju lain…

ep2p-2