Tasha Shila kena rasuk di set pengambaran? Sapa sihir dia ni??

Alahai kecian pulak Miss A dengan perkara yang menimpa pelakon jelita Tasha Shilla ni.. Miss A dapat tahu dia kena sihir dengan orang tau! Dok meracau-racau tak tentu pasal kat sebuah set penggambaran.. Sampaikan penggambaran tu terpaksa ditangguhkan..

Kalau macam tu mesti dah teruk sangat kan perkara yang berlaku kat Tasha ni.. Siapalah yang dengki sampai nak hantar benda-benda syirik dan khurafat ni kat Tasha..

Perkara yang menimpa Tasha kat set penggambran ni diceritakan sendiri oleh salah seorang krew penggambaran terbabit..

“Kami terpaksa menangguhkan ‘scene’ Tasha kerana keadaan dia tidak mengizinkan. Melihatkan dia meracau begitu, kami hairan juga kerana ini pertama kali ia berlaku kepada Tasha.”

“Sebab itu dia semakin kurus sekarang, dengarnya terkena ‘tuju-tuju’…Tapi wallahualam…hanya tuan punya diri tahu mengenai itu.” katanya..

kalau betul Tasha telah terkena buatan orang, Miss A harap penyakit yang menimpa Tasha ni dapat diubati dengan segera.. Miss A/Utaranews.Com

ep2p-5small