Tahniah! Wak Mustar Juara Kilauan Emas 5, Rangkul RM100,000

Advertisement

Tahniah kepada Peserta dari Selangor iaitu Mustaffa Rasyid Abd Jabar menepati ramalan apabila muncul sebagai juara pertandingan Kilauan Emas musim kelima yang diadakan secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB pada malam Rabu.

Pemilik nama Mustaffa Rasyid Abd Jabar lebih selesa dikenali sebagai Wak Mustar telah menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah motorsikal sumbangan Royal Enfield bernilai RM50,000, sebuah kerusi urut sumbangan Go Shop beserta trofi. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu malah beliau turut menerima Anugerah Khas Juri dan membawa pulang RM10,000.

Wak Mustar

Naib juara dimiliki oleh Wan Muhammad Logan Wan Abdul atau Elji, 44, dengan membawa pulang hadiah tunai berjumlah RM50,000, perkakas masakan sumbangan Go Shop berserta trofi.

Manakala tempat ketiga milik Mursalim Muhidin atau Aling, 44 dan mmenerima hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, perkakas memasak sumbangan Go Shop berserta trofi.

wak mustar

Tahniah kepada Wak Mustar kerana berjaya mendapat tempat pertama, nanti jangan lupa adakan majlis kesyukuran diatas kejayaan tersebut. Ahaks!

45 total views, 45 views today

ep2p-5small