Selena Gomez Dan Justin Bieber Perang Dingin di Met Gala 2015

Advertisement

Kisah percintaan antara Selena Gomez dan Justin Bieber sudah pun lama berakhir walaupun dahulunya pernah ura-ura mengatakan “Justin Bieber Kembali Raih Cinta Selena Gomez“.

Namun semua itu hanya tinggal kenangan tambah-tambah lagi Selena Gomez sendiri seperti sudah dapat menerima kenyataan hubungan mereka tiba ke penghujung jalan. Lagipun “Cinta Beralih Arah, Selena Gomez Kini Tagih Cinta DJ Zedd” juga kan.

Masing-masing dilihat sudah membawa arah sendiri. Namun, adakah mereka berdua berpisah dengan cara baik? Atau mungkinkah mereka bermusuhan?

Menarik:- Cubaan Justin Bieber Menggoda Irina Shayk

Selena Gomez Dan Justin Bieber Perang Dingin di Met Gala 2015

Hangat sekali apabila laporan dari Daily Mail mengatakan mereka akhirnya dipertemukan di majlis Met Gala 2015 pada 4 Mei baru-baru ini setelah sekian lama tidak bertemu muka. – MENARIK! 13 Foto Fesyen Artis Di Met Gala 2015.

Adakah cinta mereka bertaut kembali? Jawapannya sudah pasti tidak kerana menurut sumber masing-masing mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak memilih untuk bertegur sapa.

Mungkin masih ada menyimpan perasaan benci atau tidak selesa setelah berpisah kan, maklumlah sebelum ni kan bercinta sakan. Sehingga majlis itu berakhir, masing-masing dilihat berseronok bersama teman sendiri secara berasingan.

Kedua-dua selebriti terkenal itu dilihat meninggalkan majlis secara sendirian sambil ditemani oleh ‘bodyguard’ masing-masing. Walaupun begitu, Justin Bieber sempat memuji akan penampilan Selena Gomez yang dikatakan cantik luar biasa pada malam itu.

Selena Gomez Dan Justin Bieber Perang Dingin di Met Gala 2015

Justin Bieber memuji Selena Gomez yang tampil cantik menarrik di Met Gala 2015.

Selena Gomez memang cantik, betul tak? Ahaks. Terbaru berkaitan dirinya, hubungan cinta Selena Gomez dan DJ Zedd yang heboh dikhabarkan turut berakhir. Ala kesiannya, sabarlah ek.

329 total views, 329 views today

ep2p-5small