Selamat Pengantin Baru Afiq n Hidayah

 Majlis persandingan anak buah yang berlangsung di Villa Warisan JA Boutique Hotel, Johor Bahru pada hari Sabtu lepas, semasa persandingan dipihak perempuan di Putrajaya kak rose tak dapat menghadirkan diri, so yang ni mesti lah nak bersama2 meraikan hari bahagia the only anak to my sister…. tempat persandingan ni sangat lah soooo warisannya… semuanya diperbuat dari kayu jati dan kawasan sekitarnya dikelilingi oleh pokok2 yang merimbun hijau…. sangat nyaman rasanya walaupun panas tengahari tu… cantik sangat tapi sewanya jugak sangat membocorkan poket tuan pengantin!

menu yang simple but very nice dengan nasi arab n nasi minyak yang sedap.

 dancers getting ready for action didepan pelamin

 pengantin pun nak bersilat jugak….

 pengantin bersama kedua emaknya..

 makan beradap bersama dancers in action…

dancers sebelum majlis bermula.

 dayang2 tukang buat kerja bergambar kat photo booth….

anak mama yang kepanasan bertugas di tempat pendaftaran tetamu.

close-up main table untuk makan beradab sebelum majlis bermula.

Alhamdullilah majlis berjalan lancar seperti yang dirancang dan tahniah buat adik Puan Suri dan Afiq serta Hidayah, Selamat pengantin bru, semuga berkekalan hingga ke Jannah.

ep2p-5small