Salman Khan Kini Berdepan Hukuman Penjara 10 Tahun!

Advertisement

Terdahulu panas seketika apabila isu “Salman Khan Bakal Dihukum Penjara 10 Tahun” di atas tuduhan langgar lari hingga menyebabkan kematian. Terkini keputusan mahkamah telah menetapkan Salman Khan didapati bersalah ke atas tuduhan kes tersebut.

Kejadian langgar lari tersebut sebenarnya telah lama berlaku sekitar 12 tahun lalu di Mumbai. Dalam kejadian itu, Salman Khan didapati telah memandu kenderaan dalam keadaan mabuk selepas pulang daripada sebuah bar dan telah melanggar (running over) 5 orang lelaki yang pada ketika itu sedang tidur di tepi jalan. Salah seorang daripada kelima mangsa meninggal dunia.

Salman Khan bagaimanapun sebelum ini telah menafikan dirinya memandu kenderaan terbabit sewaktu kejadian berlaku.

Menarik artikel sebelum:- Salman Khan Bingung Ditanya Soalan Mengenai Agama?

Didapati Bersalah Kes Langgar Lari, Salman Khan Berdepan Hukuman Penjara 10 Tahun!

Kini pendakwa raya telah berjaya membuktikan bahawa Salma Khan didapati bersalah dan keputusan mahkamah telah menetapkan beliau akan berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun kerana menyebabkan kematian.

10 tahun merupakan tempoh yang agak lama namun undang-undang telah menetapkan pihak yang bersalah harus menerima hukuman yang setimpal di atas setiap perbuatan yang dilakukan.

222 total views, 222 views today

ep2p-5small