PELAKON kacak yang terkenal menerusi filem The Notebook, Ryan Gosling akhirnya menunaikan hasrat seorang lelaki, Ryan McHenry, yang gemar menjadikan Gosling sebagai hiburan di laman Vine.

Ryan McHenry, 27, sangat popular dengan video pendek vine gemar jadikan Gosling sebagai bahan jenaka berkaitan dengan makanan bijirin yang diberikan kepada Gosling.

Jenaka ‘Ryan Gosling Won’t Eat My Cereal’ itu sangat popular dan mendapat perhatian orang ramai kerana amat mencuit hati.

Hari ini, Gosling melalui laman vine, dia akhirnya capaikan hasrat McHenry dengan memakan ‘bijirin’ itu.

Semalam McHenry disahkan meninggal dunia ahad lalu akibat kanser yang dihidapinya.

McHenry dikatakan bebas kanser pada Julai lalu namun tewas dalam pertarungan itu minggu ini.

Lelaki yang berasal dari Scotland itu meraih jumlah pengikut lebih 200 ribu di laman vine kerana jenaka yang dibuatnya.

My heart goes out to all of Ryan McHenry’s family and friends. Feel very lucky to have been apart of his life in some small way.

— Ryan Gosling (@RyanGosling) May 5, 2015

Menurut sumber, pihak berkaitan telah meminta Gosling memakan bijirin itu sebagai penghormatan terakhir buat McHenry.

– MYNEWSHUB.CC