Rendam laptop dan tablet Apple Boyfriend sebab curang..

Masa bercinta ni, kemain gah lagi.. Tak boleh salah sikit pun.. Dan kalau boleh nak si dia lekat dengan kita 24 jam.. Biasenyer dalam bercinta, kena ada sifat saling percaya antara satu sama lain..

Ni tidak, bila dah ada yang cantik,gagah jugak nak cari lain.. Lelaki zaman sekarang ni makin ‘ulat bulu. Heran sungguh.

Gara-gara sikapnya itu, wanita yang juga kekasihnya dari China  telah bertindak melemparkan kesemua produk Apple milik teman lelakinya.. Bukan atas lantai yer, tapi dalam tab mandi. Style kot!

Ambik kau!! Tak pasal-pasal gajet mahal tue ade dalam air.. Gilerr sungguh. Dah la produk Apple tu mahal.  Difahamkan, wanita itu bertindak sedemikian kerana dia mendapati boyfriendnya telah menipu dan curang..

Bukan handphone jer, wanita berkenaan juga turut merendam beberapa komputer riba, table dan TV.. Kire sendiri la yer..  Lepas ni, comfirm fobia nak buat perangai lagi kan..

Sehingga kini, lelaki itu masih lagi mendiamkan diri.. Ye la, bising-bising pun tak dapat apa. .Nak repair memang mahal, so merenung ke luar jendela je la.. Tak gitu? ~~MiraAzhar/Utaranews.com

ep2p-2