Pisang goreng + sambal kicap

 hujung minggu kak rose tepek menu minum petang dua hari lepas, so jangan tanya lah ya…. dah jadi bahan kumbahan pun…pisang tanduk yang kak rose beli masa balik JB ari tu, baru ni ada kesempatan nak buat something… ada lagi sebatang beso ingat nak buat pengat pulak… dan yang goreng ni sangat manis, apa lagi cicah sambal kicap jawa masa makan ni mmg mabeles la…

 sebiji pisang, tak terhabis untuk kami berdua makan…besar sungguh, tapi sayang x de amik gambar…. dan masa bergantungan kat kedai tu memang geram sangat, besar2 n gumuk2 ….beli 3 biji pun dah 12++ hengget something. tapi memang puas hati bila pisang ni sedap dan manis!

jawa johor jer ke makan pisang goreng cicih sambal kicap cam ni… tapi mmg lain feel bila makan goreng pisang tanpa kicap….typical jawa johor kan!.

ep2p-5small