Permainan Nintendo Pertama Untuk Telefon Pintar Bakal Hadir Pada Tahun Ini – 4 Lagi Menjelang 2017

NintendoNintendo pada bulan Mac yang lepas telah mengumumkan kerjasama dengan pihak DeNA untuk hadir dengan permainan mereka untuk telefon pintar. Kini, maklumat lanjut mengenainya diketahui, dimana Nintendo dijangka akan memperkenalkan permainan pertama mereka untuk telefon pintar pada tahun ini.

Nintendo turut dilihat menyasarkan untuk hadir dengan sekurang-kurangnya lima permainan mudah-alih untuk telefon pintar menjelang tahun 2017 kelak.

Pada pengumuman kerjasama sebelum ini dengan DeNA, pihak Nintendo telah mengatakan permainan yang akan dibangunkan ini bukanlah versi port permainan sedia ada, sebaliknya adalah permainan baru yang dibangunkan dengan fokus untuk telefon pintar.

Apakah tajuk permainan yang akan diperkenalkan masih tidak diketahui lagi, dan semestinya ramai peminat permainan yang dikeluarkan Nintendo menantikan apakah yang bakal dibawakan oleh gergasi permainan berkenaan.

ep2p-5small