Penyanyi kumpulan popular ni kena buang sebab makan duit..

Siapa kat sini peminat lagu ‘Hanya Aku,’ nyanyian kumpulan Hyper Act? Miss A rasa memang ramai yang suka lagu tu kan? kalau sebut nama kumpulan ramai yang masih tak kenal, tapi kalau sebut lagu yang dorang nyanyikan mesti ramai yang tahu lagu tu..

Vokalis untuk kumpulan Hyper Act iaitu Ronnie dikatakan dah kena singkir dengan ahli kumpulan sendiri.. Terkejut juga Miss A dengar berita ni, sebab apa yang ahli kumpulan dia singkirkan dia?

Sebenarnya ahli kumpulan dia tak puas hati dengan Ronnie, setiap kali Ronnie dapat undangan persembahan solo.. Ronnie tak pernah bagi bayaran 30 peratus pada syarikat mereka Hype Beat.. Kira Ronnie ni makan duit sorang-sorang dia la tu..

Tapi bila dapat tahu dia kena singkir dengan ahli kumpulannya.. Ronnie rasa redha dengan keputusan tu..

“Mungkin sudah tiada rezeki kami untuk bekerjasama. Sebelum ini pun saya sudah dengar cerita juga (konflik dalaman), jadi apabila mereka sudah putuskan begitu saya terima sajalah.” katanya..

Hmm.. memang patut pun kena singkir, patutnya Ronnie kena la ikut syarat-syarat yang ditetapkan syarikat dia.. Walaupun buat persembahan solo, duit tu tetap kena kongsi bersama ahli kumpulan yang lain.. Miss A/Utaranews.Com

ep2p-2