Pemuda PAS Perak fitnah DS Zambry sokong Mahathir..

Pemuda PAS Perak mendakwa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkemungkinan menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran tindakannya menghadiri beberapa program yang dianjurkan pengikut negarawan terbabit.

Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Dr Raja Iskandar Al-Hiss melihat dakwaan tersebut berasas kerana Zambry serta beberapa pemimpin UMNO di negeri berkenaan sentiasa ‘mengiringi Tun Mahathir dalam setiap program yang diadakan sejak kebelakangan ini.

Raja Iskandar berkata, apa yang menimbulkan persoalan tindakan Zambry yang masih bersama-sama Tun Mahathir meskipun beliau sudah menyatakan pendirian untuk tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini.

“Kehadiran ramai pemimpin Umno terdiri dalam kalangan ketua Umno bahagian semalam (kelmarin) pastinya menjadi tanda tanya dalam kalangan Pas dan rakyat, sama ada kerajaan negeri sendiri sudah hilang kepercayaan terhadap pentadbiran Najib sehinggakan kehadiran mereka seolah-olah mendapat keizinan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

“Zambry perlu menyedari kerajaan negeri akan menanggung kesan negatif akibat daripada kehilangan keyakinan pemimpin Umno negeri dan pegawai kerajaan terhadap kepimpinan Najib sekiranya beliau tidak segera menjelaskan sokongan terhadap Perdana Menteri, yang akhirnya akan turut memberi kesan kepada rakyat Perak,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, beliau menggesa Zambry untuk tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut kerana ia akan memberi kesan terhadap penduduk di Perak jika benar Pengerusi Perhubungan UMNO di sana sudah hilang kepercayaan kepada Najib. –UtaraNews.com

ep2p-2