Peminat anggap Zizan Poyo dan sudah tak kelakar.

Memang betul la gosip mendakwa pelawak terkenal Zizan Razak ni di ambang kejatuhan.. Setiap apa je yang Zizan buat, mesti ada je orang nak kutuk dan jatuhkan ia.. Kali ini sebabkan memuatnaik gambar dan kapysen “juz humble,” Zizan terus kena kutuk hebat..

Ada peminat pertikai, Zizan ni ‘humble’ ke? Kritik yang paling kasar, sorang follower Zizan ni bagitahu Zizan ni sebenarnya seorang artis yang poyo! Lawak yang Zizan buat pun bukan kelakar, orang gelak sebab nak jaga hati si Zizan je.. Macam tu pun ada eh?

Miss A kalau dah pelawak buat lawak, dan lawak dia tu tak sampai kat Miss A jangan harap la Miss A nak gelak.. Kalau kelakar, yang tu memang Miss A gelak tak ingat dunia..hahaha.. Selalu pelawak yang buat Miss A gelak tak ingat dunia, bila Johan buat kelakar.. Memang terbaik kelakar dia..

Walaupun kena kutuk dengan sorang individu tu, masih ramai lagi peminat-peminat Zizan yang datang backup.. Sampaikan jadi pergaduhan lah antara peminat dan individu tu..

Apapun, peminat zaman sekarang ni dah pandai menilai pelawak yang baik atau tak, takkan lah Zizan ni nak marah peminat sebab lawak dia tak kelakar.. Kalau dah rasa lawak tak sampai kepada penonton, cubalah cari inisiatif lain buat penonton gelak.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2