Pemain Harimau Malaya perlu bersedia dan yakin – Pele

KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak terhebat abad ini, Pele menasihatkan pemain bola sepak kebangsaan supaya sentiasa bersedia dan mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia akan datang.

Edison Arantes do Nascimento atau dilebih dikenali sebagai Pele, berkata apabila pemain berada di bawah tekanan dan memerlukan beraksi dengan baik, mereka harus bersedia dari segi fizikal dan mental. “Anda (pemain) harus bersedia dan mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri kerana anda akan sentiasa menghadapi tekanan.

Edison Arantes do Nascimento atau dilebih dikenali sebagai Pele, berkata apabila pemain berada di bawah tekanan dan memerlukan beraksi dengan baik, mereka harus bersedia dari segi fizikal dan mental.

“Anda (pemain) harus bersedia dan mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri kerana anda akan sentiasa menghadapi tekanan.

“Misalnya, apabila saya menjaringkan gol pertama pada Piala Dunia 1958 di Sweden pada usia 17 tahun, saya tidak berdepan apa-apa tekanan dan semuanya normal.

“Tetapi semasa jaringan saya ke-1,000 di Maracana iaitu di penghujung karier saya selepas bermain selama hampir 20 tahun, ia sepakan penalti…tangan saya menggeletar sebelum mengambil sepakan kerana peminat mula berteriakan gol…nasib baik saya menjaringkan gol,” kata Pele ketika program bersama pemain Harimau Malaya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Legenda bola sepak dunia itu meluangkan masa kira-kira 45 minit berkongsi pengalaman dan pandangan beliau semasa sesi itu yang merupakan sebahagian pelancaran kempen ‘Yang Hebat Dahagakan Cabaran’ oleh 100Plus, yang dihadiri lapan pemain kebangsaan dan pengamal media.

Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan tekanan dalam beberapa minggu akan datang kerana akan berdepan Timor Leste pada 11 Jun dan Palestin (16 Jun) di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 di Russia, yang juga dijadikan Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu.

“Beliau (bapa) adalah individu yang membimbing saya bermain bola sepak. Beliau sentiasa memberitahu saya, mempunyai bakat dalam bola sepak adalah anugerah Tuhan, tetapi perkara paling penting ialah menjadi orang baik,” katanya.

Pemain bola sepak berusia 74 tahun itu yang menjaringkan sejumlah 1,282 gol untuk Brazil dan kelabnya – Santos FC dan New York Cosmos, mengakui bahawa mendiang bapanya adalah inspirasi kepada beliau untuk bermain bola sepak.

“Bapa saya menangis kerana Brazil tidak dapat menjulang Piala Dunia di tempat sendiri. Kemudian, saya berjanji kepada bapa, saya akan membantu Brazil untuk memenangi Piala Dunia…ketika itu saya berusia sembilan tahun dan tidak tahu langsung tentang Piala Dunia.

Bekas Menteri Sukan Brazil itu juga berkata pemain Argentina Lionel Messi dan Neymar dari Brazil adalah pemain bola sepak terbaik dunia masa kini, dan mengakui bahawa beliau berhasrat beraksi bersama Cristiano Ronaldo, Oscar, Messi dan Javier Mascherano, jika dia benar-benar sihat.

Bintang Chelsea yang juga pemain Brazil, Oscar juga menghadiri program tersebut, dan berkongsi pengetahuan dan kemahirannya dalam klinik bola sepak bersama empat pasukan terbaik dalam Liga Bola Sepak Kementerian Pendidikan iaitu Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Tunku Mahkota Ismail (Johor), SSM Pahang, SMK Za’ba (Negeri Sembilan) dan SMK Putera (Kelantan). – BERNAMA

ep2p-2