PANAS! Nash Kesal Dakwaan Diri Sudah Meninggal Dunia

Advertisement

Macam-macam cerita mahupun gosip yang nyata sekali tidak sahih cuba direka-reka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Bukan sekali malah sudah berkali-kali cerita yang mengatakan mana-mana artis dan selebriti tempatan kita meninggal dunia.

Dahulu kisah yang mendakwa Mr Os pelawak terkenal meninggal dunia telah memberi impak kepada diri pelawak itu sendiri sehinggakan “Mr Os Lari Ke Johor Untuk Berehat?“.

Kali ini kisah penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash pula dihebohkan meninggal dunia walhal dirinya masih sihat walafiat. Berita yang disahkan oleh akhbar Berita Harian ini mendakwa Nash sangat kesal akan khabar angin yang menimpanya.

PANAS! Nash Kesal Dakwaan Diri Sudah Meninggal Dunia

Nash kesal dengan cerita palsu mengenai dirinya sudah mati.

Dari mana datangnya cerita panas ini pun Nash sendiri tidak pasti namun, dirinya tidak sama sekali berdendam sebaliknya memaafkan perbuatan si penyebar cerita palsu ini.

“Ramai juga yang menghubungi saya kerana dakwaan ini. Alhamdulillah, saya masih hidup. Saya memang sihat dan tak ada masalah apa apa. Siapalah yang buat dan bawa cerita sebegitu. Soal mati janganlah dibuat main. Kepada yang menyebarkan cerita berkenaan, jangan buat macam ini”

“Saya tak berdendam atau simpan perasaan apa apa. Saya maafkan sesiapa yang membawa cerita palsu ini. Semoga kita semua diberkati-Nya. Apapun terima kasih kepada yang menghubungi saya untuk bertanyakan kesahihan cerita ini. Ada juga yang sayang saya,” katanya.

Tolonglah jangan buat cerita yang mengarut seperti ini. Boleh menimbulkan kesusahan kepada diri anda dan juga mangsa yang terlibat. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka. Amin!

6 total views, 6 views today

ep2p-2