PANAS! Daphne Iking Dihentam Netizen Kerana Berbikini

Advertisement

Jika dahulu hangat dengan berita “Diana Danielle Tampil Seksi Untuk Esquire!” kini pula menerusi laman instagram milik Daphne Iking, dia telah memuat naik sekeping foto dimana beliau tampil dengan imej berbikini sedang berehat di tepi kolam.

Gambar Daphne Iking Berbikini

Gambar Seksi Daphne Iking Berbikini.

Gara-gara foto tersebut, pengacara dan personaliti TV popular, Daphne Iking telah dikritik hebat oleh netizan dan menerima pelbagai komen di ruangan komen laman sosialnya itu. Tidak kurang juga daripada peminat yang saling berbalas komen antara mereka sehingga hampir mencetuskan pergaduhan.

Menurut beberapa sumber, Daphne Iking khabarnya sudah memeluk Islam pada tahun 2011 yang lalu. Daphne atau nama Islamnya Dahlia Eleanor Iking, 36, melafazkan dua kalimah syahadah pada 8 Januari 2011 dan pada hari itu juga dia sah menjadi isteri kepada Azmi Abdul Rahman atau mesra disapa Joe.

Gambar Daphne Iking Berbikini

Komen panas netizen terhadap Daphne Iking yang berbikini seksi.

Sebagai seorang muslim, bagi penulis sendiri tidak wajarlah foto sedemikian dimuat naik sehingga mencetuskan kontroversi hangat. Sepatutnya Daphne Iking tahu menjaga batasnya sebagai seorang muslim. Dalam pada itu terdapat segelintir peminat yang melahirkan rasa kecewa dan tidak setuju dengan tindakannya itu.

Apapun sama-sama kita doakan semoga Daphne Iking terus istiqamah dalam meneruskan perjuangannya sebagai muslimah sejati.

332 total views, 332 views today

ep2p-2