My Kuali: Mee udang sedap

 kini nak makan mee udang kita tak perlu berjalan jauh hingga ke Sepetang untuk merasai mee udang mak jah yang gah tu…. banyak resepi yang dikongsikan oleh sifu masak2 untuk kita mencubanya. rasanya bahan2 nya pun mudah, mostly ada kat dapo kita kan…. dan kali ni kak rose nak mencuba mee udang sedap dari Azie Kitchen…. walaupun tak de mee, tak jadi masaalah, kak rose gantikan dengan spaghetti…kita yang buat dia kan! jom tengok resepinya, mekasih Azie kongsikan resepinya ya… sedap…habis spaghetti, hirup kuah jer pun jadi!

Bahan bahan:

6 ekor udang besar (ikut suka) (kak rose ada udang kecit2 jah)

6 ekor udang kecil buang kulit

2 sudu besar udang kering

2 sudu besar cili kisar

4 ulas bawang putih

6 ulas bawang merah

2 biji tomato buah

1 biji ubi kentang – rebus

Garam, gula, serbuk perasa

sos tomato

sos cili

bebola ikan, yg ni kak rose tambah

Bahan hiasan:

telur – rebus

sawi – celur

cili merah – hiris

bawang goreng

daun bawang – hiris

Mee – celur (kak rose gantikan dengan spaghetti)

Cara cara:

Blend bawang putih dan bawang merah
hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan
cili kisar dan goreng hingga garing.

Sementara itu, ubi kentang direbus
sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk
terlebih dahulu, tomato buah hingga halus.

Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.  

Masukkan air dan masak hingga mendidih
dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam
dan serbuk perasa. 

Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.

Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. ikut suka masing masing.

Masukkan mee yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan bahan hiasan yang disukai

ep2p-2