My Kuali: Kuih lopis pulut

 Stok pulut susu yang kak rose bli dari Thailand masih banyak lagi…. sayang jugak kalau terbiar jer kan, tu pun dah simpan dalam peti sejuk takut sang bubuk datang menumpang nak betapa kat dalam tu buat rugi jer. so selagi ada stok selagi tu lah menu pulut pun banyak kak rose buat… dan kali ni buat kuih lopis pulak…. teringat masa kat shah alam, dalam majlis khafi ade sorang kakak ni suka sangat dengan kuih lopis yang kak rose buat…. kalau ada kuih ni mesti laju jer dia amik buh dalam pinggan dia…. rindu suasana tu…. huhuhu.

 dan kali ni buat untuk makan sendiri jer…. tak de lagi kuih hari Jumaat kak rose… resepinya

Bahan-bahan

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur (kak rose x letak)
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam 
 *** air gula ***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air

Cara-cara

Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga
pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air
dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus
selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi
selama 30minit.
Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun
pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan
sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan
dalam kelapa parut.

Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam
periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila
dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
*** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

ep2p-2