My Kuali: Gulai lemak telor masin

 Asalamualaikum dan selamat pagi khamis, semuga kawan2 semua sihat ceria dalam lindungan Allah jua hendaknya. pagi ni nak kongsikan resepi masak lemak ciliapi telor masin yang kak rose buat sendiri…. kak rose ni tak de la pebret dengan telo masin, jadi bila dah buat dan post kat fb, ade kawan yang suggestkan untuk buat masak lemak ciliapi dengan asam belimbing buluh… so nak jugak mencuba, tapi belimbing buluh tu memang tak de la…. jadi kak rose memandai bubuh apa yang ade dalam fridge – timun jer!

 pertama kali memcuba buat masak lemak ciliapi dengan telo masin ni, sedapla pulak dan bertambah sedap bila digandingkan dengan goreng ikan gelama masin… memang bertambah2 makan nasik. tapi kak rose buat cuma empat biji jer… ya la untuk dua molot jer kan…

resepi sama dengan masak lemak telo itik yang kak rose kopi dari sini, cumanya kali ni guna telo masin… dan resepi ni sebagai panduan sbb kak rose cuma guna 4 biji telo jer dan cili api tu memang kurangkan sangat2… tak tahan podeh! dan garam tu kena la kurangkan sbb telo dah masin…. ado pulok yang kono darah tinggi kang!

BAHAN-BAHAN :

5 biji telur itik – boleh tambah

5 cawan santan – kalau kurang boleh tambah

1 helai daun kunyit

1 batang serai – saiz besar

Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api- kak rose kurangkan

1 inci kunyit hidup

sedikit garam – secukupnya

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan kunyit hidup , cili api dan ditumbuk lumat
bersama garam . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk
bersama daun kunyit dan serai . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan
mendidih .

2.
Pecahkan sebiji2 telor dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam
periuk sebiji2 jugak hingga habis. perlahankan api dan tutup periuk.
selepas 3-4 minit buka tutup periuk dan kacau perlahan2… jika telur
dah keras boleh kacau perlahan2 dan pastikan telor tidak melekat didasar
periuk. perasakan gulai dan bila telor dah cukup masak boleh la padam
kan api dapur.

ep2p-2