My Kuali: Gulai betik dengan udang

 gulai betik dengan udang yang kak rose masak beberapa hari lalu… betik fresh amik dari pokok dikampung yang masih mengkal. manis n crunchy. mulanya nask masak bening jer, sekali google nampak lak betik masak lemak denagn udang ni di blog cik manggis… terus lah tukar menu… jom kita kopi resepinya…. mekasih ya kongsikan.

Bahan-bahannya:

3 potong memanjang betik mekal.-hiris kecil-kecil.
8 ekor udang -buang kulitnya.
1 peket serbuk santan.
1 1/2 cawan air. (kak rose guna santan fresh)
5 biji cili padi-jika suka pedas boleh la tambah ya.
3 ulas bawang merah.
1 batang serai ketuk.
1 helai kecil daun kunyit..simpul
1 hirisan kecil lengkuas. (kak rose omit yg ni)
1 hirisan kecil halia.(yg ni pun…)
1 ketul kecil kunyit segar,
1/2 tsp serbuk kunyit..tambah warna kuning.
1/2 keping asam gelugur.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:Bawang merah,halia,lengkuas ,kunyit dan cili api di kisar dengan sedikit air hingga halus.
Bancuhkan serbuk santan dengan 1 1/2 cawan air hingga larut.
Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga mendidih atau betik empuk.
Siap:)…

ep2p-5small