My Kuali: DIY air selusuh

Mudahnya buat sendiri air selusuh cara Ustaz Don.

Salam Jumaat yang mulia dengan harapan kawan2 semua dalam lindungan Allah jua hendaknya…. sambil kita sambut hari pekerja meh kak rose nak kongsikan DIY air selusuh yang kak rose amik dari sini…. mekasih kongsikan cara2 nak buat sendiri air selusuh ni… semuga dengan perkongsian ini akan dapat membantu kawan2 yang memerlukannya, Insya Allah…

Para suami adalah orang yang paling afdhal untuk menyediakannya. Hanya ada 5 langkah untuk di baca:

1. Langkah Pertama

Surah Al-Fatihah (1X)

2. Langkah Kedua

Surah Al-Hasyr Ayat 21 hingga 24

Terjemahan Ayat 21:

Kalau
sekiranya Kami turunkan AL-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu
akan melihatnyatunduk terpecah belah di sebabkan ketakutannya kepada
Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya
mereka berfikir. 

Terjemahan Ayat 22:

Dialah Allah tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Terjemahan Ayat 23:

Dialah
Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja yang Maha Suci, yang Maha
Sejahtera, yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha
Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki Segala Keagungan, Maha Suci
Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Terjemahan Ayat 24:

Dialah
Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang
Mempunyai Asmaul Husna, Bertasbihlah kepadaNya apa yang di langit dan
Bumi. Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

3. Langkah Ketiga

Selawat Syifa’

Selawat Syifa

4. Langkah Keempat

Doa Selusuh

Terjemahannya:

” Ya
Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya Surah
Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin,
dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

5. Langkah Kelima

Terjemahannya:

“Ya
Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha
Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah,
sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin.

Kisah Air Selusuh Dan Kelahiran Don Mustofa

Mengikut
cerita isteri Ustaz Don, Dr Husna pada hari beliau melahirkan anak
mereka Don Mustofa pada 18 Januari 2014 suaminya itu tidak sempat pun
membuat air selusuh sebenarnya.

Ustaz
Don hanya menghembuskan ayat-ayat untuk membuat air selusuh tersebut dan
mengusapkan sahaja pada perut beliau sebelum bersalin.

Alhamdulillah.
Berkat doa seorang suami segalanya dipermudahkan. Redha suami datang
bersama redha Allah. Sama-sama kita doakan agar kandungan kita selamat
dan di permudahkan proses kelahirannya nanti.

Berdebar tak menanti kehadiran bayi? Persiapan semua dah lengkap?

ep2p-2