My Kuali: Bebola ubi keledek

 Asalamualaikum dan selamat pagi selasa yang sejuk, dengan hujan rahmat yang turun mencurah dipagi hari ini…. hampir seminggu dah tinggalkan brisk walk, semalam tak buat sbb penat baru balik dari JB dan hari ni hujan pulak…. harap2 esok cuaca elok untuk kak rose berjalan lenggang mak limah untuk kendurkan urat2 yang dah tuek ni…. buat cucuq ni pun keledek yang kak rose bawak dari kampung, jauh perjalanan keledek ni untuk jadi menu minum petang kak rose petang semalam…

bebola ubi keledek, tak rajin punya pasal, kak rose buat besar2… cepat selesai dan cepatlah dapat ngapnya kan…. makan panas2 mmg heaven!. tapi warna sedikit pucat sbb keledek ni isinya jenis yang warna kuning tu, kalau yang oren tu mmg cantik la kaler dia kan…. resepinya nak jugak tepek kat sini… dari vida@myr. meh kita tengok resepinya…

bahan2

2 cawan ubi keledek-rebus&mashed
1 biji telur
1/2 sudu baking powder
tepung secukupnya
minyak untuk menggoreng
sedikit garam
3 tsb gula (yg ni kak rose tambah)

Cara-cara
Masukkan ubi, BP, telur dan garam ke dalam mangkuk. Tambah
tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga tak melekat di tangan.
Buat bulat-bulat kecil. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.

ep2p-2