My Kuali: Ayam panggang rosemary

 Rosemaru chicken grilled untuk lunch semalam…. walaupun dalam resepi hanya guna dried rosemary, tapi kak rose tambahkan dengan fresh daun rosemary yang kak rose bli ari tu… dah ada kan, so kita pun memandai lah menambah2… mmg harum baunya masa membakar ayam ni….

 guna separuh ekor ayam jer…. tapi memang gumuk ayam ni, 2kg ++. perap sekejap dengan bahan2 tumbuk. separuh ni pun jenuh kami berdua nak mengabeskan….

 the pelakun tambahan untuk nak dimasukkan dalam ayam panggan tu… tapi kak rose belasah tabur jer atas ayam tu, kita yang buat dia kan, so pepandai lah membeganya. juga digaul denagn bahan2 tumbuk tadi n perap sekejap.

 cam ni la bila dah ready nak masuk oben…. puas kak rose menyelongkar kotak untuk cari loyang yang sllu kak rose guna untuk panggang ayam, tapi yang jumpa semua yg bulat jer… sudahnya kak rose guna loyang kecik ni, ayam pun jadi bertambah dumpuk dan pendek…. lantak ler labu!!!! asalkan masak elok kira ok la tu kan.

 satu lagi dayang pengiring kat pinggan rosemary chicken grilled ni…. coleslaw bodo2. campuran kubis, carrot sagat n mayonis. tapi ttp sedap gitu

rosemary chicken grilled bersama pelakun tambahannya ready untuk dingap…. resepinya kak rose kopy dari blog hana, mekasih ya…

LEMON ROSEMARY CHICKEN GRILLED

Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver) Diolah oleh Jeni.


Bahan-bahan

1 kg ayam/1 ekor ayam
1 biji lemon ( x letak… tu yg jadi rosemary chicken grilled je)
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
Segenggam Rosemary Kering – 1/2 botol kecil
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2 – letak lebih
2 biji tomato atau lebih
Baby carrots – guna carrot besar yg dipotong2
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika – ditambah (tak dak, kak rose gantikan dengan cili flake)
Kicap Pekat – ditambah (kak rose guna sos tiram)
Garam dan gula secukup rasa
hana tambah madu 2 sudu besar.
Cara-cara
Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.(kak rose belasah buh sekali dalam loyang terus bako)
Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
Gaulkan
bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan
serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang,
bawang besar, baby carrots dan tomato.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.(kak rose omit yg ni)
Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
Susun
kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180’c
selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan..bersama mashed potato
dan salad.

ep2p-2