Mohon Rafizi bertaubat dengan segera.. Tak baik ganggu rumahtangga orang.

Yang Rafizi nak sibuk sangat pasal anak menantu Perdana Menteri datang ke Parlimen tu kenapa? Biarlah Perdana Menteri nak bawak sapa pun kann.., dah nama pun Perdana Menteri..

Lagipun, bukannya salah Rosmah dan anak menantu duduk ditempat “visitor” tu.. Dia bukan kacau sesapapun.. Bukannya dia “cucuk punggung” Rafizi sampai MP Pandan tu perlu meroyan didalam Twitter..

Pelik!! Kalau berdosa sangat keluarga pemimpin datang ke Parlimen, kenapa si Rafizi tu tak bising bila Wan Azizah dan Nurul Izzah Anwar tu selalu je bertepek kat Parlimen tu? Anak beranak jugak la kann.. Takde sapa pun nak bising pulak ye..

Nampak sangat MP Pandan tu tak ada kerja di Parlimen.. Makan gaji buta betul!! Orang sibuk dengar pembentangan RMK 11 oleh Perdana Menteri, si Rafizi pulak sibuk stalker anak menantu Perdana Menteri..

Kepada Rafizi.., get a life la bro.. Buat la kerja sebagai Ahli Parlimen yang diamanahkan oleh rakyat.. Gaji RM10 ribu sebulan tu bukannya orang bayar untuk awak main Twitter dalam Parlimen. Gaji tu orang bayar untuk awak suarakan hak rakyat.. Takkan itu pun nak kena ajar beb??

Tak payah nak sibuk pasal anak menantu Najib tu lah.. Jangan tunjuk poyo sangat kononnya nak jadi pejuang rakyat padahal hari-hari kerja lu hanya tahu kutuk keluarga Perdana Menteri. Itu bacul namanya beb!! Lawan macam jantanlah kalau betul-betul hebat. – Spyleman/Utaranews.com

ep2p-2