Mat Sabu warning Hadi Awang.. Jangan bantu Umno katanya…

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengecam tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencadangkan sekali lagi agar kerajaan perpaduan tanpa pembangkang ditubuhkan di Malaysia.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu berkata, Hadi tidak perlu memberi bantuan kepada Barisan Nasional (BN) disaat ini memandangkan keadaan BN dan Umno sedang parah.

Beliau yang mengunakan istilah tongkat mengatakan, BN dan Umno tidak diperlukan ‘tongkat’ oleh Pas dan ianya perlu dibiarkan memandangkan parti itu tidak lagi mendapat sokongan Cina dan India.

“Kalau kita berjaya patahkan tongkat itu, rebahlah Umno. Sekarang orang Cina dan India tidak mahu lagi undi Umno dan BN, ertinya tongkat Umno sudah patah dan Umno pasti akan rebah.

“Sekarang dua tongkat Umno itu sudah patah, ertinya Umno sedang terhuyung-hayang, tiba-tiba ada orang yang mahu tahan Umno supaya jangan tumbang,” kata Mat Sabu.

Justeru itu, Mat Sabu memberi amaran kepada Hadi dan pemimpin Pas yang lain agar tidak memberi sebarang ‘tongkat’ kepada BN dan Umno.

Beliau turut mengingatkan bahawa parti Islam itu berjaya menawan negeri Kelantan dan Terengganu disebabkan kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP

“Cis…. siapa yang nak beri tongkat baru kepada Umno?”

“Kejayaan Pas mengambil alih Kelantan pada 1990 juga adalah kerana bekerjasama dengan pihak lain.Begitu juga pembentukan kerajaan negeri Terengganu pada 1999 yang merupakan hasil kerjasama dengan parti Keadilan Nasional,” tegasnya.-Utaranews.com-

ep2p-5small