Mahathir habis modal bila serang bini Perdana Menteri Malaysia.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir membuat serangan peribadi terhadap Datin Seri Rosmah Mansor sebagai satu tindakan yang tidak profesional.

Tajudin berkata, tindakan bekas perdana menteri itu membidas isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah tidak masuk akal.

Kata beliau, sebagai pemimpin yang mempunyai pengalaman luas dalam jawatan tersebut, beliau tidak perlu mengkritik peribadi seorang pemimpin, sepatutnya menegur dasar-dasar kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Tambah beliau, negara ini semakin maju seperti negara asia timur tetapi fikiran Mahathir masih kebelakang apabila mula menyerang peribadi pemimpin.

“Kita menuju ke arah menjadi sebuah negara maju seperti Jepun dan Korea, jadi jangan bercakap tentang perkara peribadi,” kata Tajudin.

Mahathir sebelum ini mula menyerang Rosmah dengan mengatakan gaya hidup isteri perdana menteri itu seakan-akan perdana menteri dan menyebabkan orang Melayu dan Cina meluat tentang gaya itu.

Disebabkan tindakan Mahathir itu, ramai orang mula mengecam apabila menggunakan taktik lama dengan menyerang peribadi dan dianggap beliau sudah kehabisan modal untuk mengkritik perdana menteri. –Utaranews.com-

ep2p-2