Lokasi Perkahwinan Lana Nodin Dan Daud Kini Bertukar?

Advertisement

Pertukaran lokasi majlis pernikahan bakal pengantin memang banyak berlaku atas dasar alasan tertentu. Kalau sebelum ini Lana Nodin umum Hotel Istana sebagai lokasi majlis hari bersejarahnya kini lokasi tersebut telah diubah dan majlis sebenar akan berlangsung di Hotel Palace Of Golden Horses, Seri Kembangan.

Pertukaran lokasi tersebut berlaku dek kerana Lana Nodin telah berjaya mendapatkan tajaan Hotel Palace Of Golden Horses, Seri Kembangan sebagai saksi hari bersejarahnya. Opss! mendapat tajaan haruslah memilih yang tajaan. Tak gitu?

Justeru, majlis berinai, akad nikah dan persandingan Lana Nodin dan Daud akan diadakan di hotel berkenaan yang bakal berlangsung pada 15 Mei ini.

lana nodin dan bakal suami

“Biarpun perubahan ini berlaku pada saat akhir, saya tetap menerima ini semua dengan hati terbuka. Lagipun tajaan ini lebih baik selain lokasi yang strategik. Malah tema perkahwinan moden ala Inggeris juga boleh direalisasikan di sini,”

Tuah menjadi artis popular sudah pasti perkahwinan mendapat tajaan. Begitu juga Lana Nodin yang mendapat 90% tajaan dari pelbagai pihak. Ouch! jimatnya majlis kahwin tak perlu kuarkan duit sendiri. Kisah ‘Lana Nodin Pilih Rantai Emas 18K Untuk Majlis Kahwin‘ membuktikan perkahwinan selebriti tetap mewah, kononnya ‘wedding of the year’. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin tetap miskin. Oh dunia!

lana nodin

Aksi mesra Lana Nodin bersama bakal suami

“Kalau ada yang nak menaja, kenapa perlu saya menolak rezeki yang datang. Daripada pihak saya, diri ini lebih suka bersederhana. Lebih penting untuk saya ialah dapat memikirkan kelangsungan hidup selepas perkahwinan,”

Bagi penulis, kemewahan dalam perkahwinan itu tidak penting. Yang paling penting sekali adalah akad, barulah sah hubungan tersebut. Ini tidak ‘Gambar Pre Wedding Lana Nordin Dan David Mckienzie Yang Sweet Habis!‘ yang tidak patut kita lihat. Eh!

Doakan sahaja majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. Amin

391 total views, 391 views today

ep2p-5small