Lana Nodin Bakal Tinggalkan Dunia Lakonan Kerana Daud McKienzie?

Advertisement

Kerana kehendak suami, Lana Nodin bakal tinggalkan kariernya sebagai pelakon yang sebelum ini dianggap darah daging dan sumber pendapatan kepada gadis jelita ini. Hanya tinggal beberapa hari lagi, Lana Nodin bakal menjadi isteri yang sah kepada Daud McKienzie.

Membaca kisah ‘Luahan Sayu Lana Nodin Isu Peminat Pertikai Perkahwinannya Dengan Mat Salleh‘ rata-rata bersimpati dengan luahan tersebut dan mendoakan semoga hubungan mereka berkekalan hingga akhir hayat.

Kerjaya Daud McKienzie sebagai atlet bola tampar Olimpik Amerika Syarikat (AS) membuatkan Lana Nodin terpaksa menemani kemana-mana sahaja suaminya pergi.

Lana Nodin

‘Pasti saya tak akan ada banyak masa di Malaysia selepas ini. Saya kena ikut Daud yang mahu saya menemaninya ke mana sahaja dia pergi sepanjang terlibat dengan perlawanan sukan bola tampar’

Lana Nodin akan melupakan karier seninya dan akan menumpukan perhatian kepada keluarga malah sebelum ini Lana Nodin pernah memasang niat untuk meninggalkan dunia lakonan dan bersyukur akhirnya hasrat tertunai.

Menarik : Gambar Pre Wedding Lana Nodin Dan David Mckienzie Yang Sweet Habis!

lana nodin

‘Saya pernah menyuarakan hasrat hati untuk berehat sebab sudah penat bekerja dan mahu meluangkan masa untuk diri sendiri.’

‘Tak sangka Allah SWT dengar hasrat saya dan diberikan saya jalan begini. Lepas ini, saya tak fokus lagi kepada bidang lakonan. Insya-Allah akan fokus pula dengan dunia bisnes selepas berkahwin dengan Daud nanti.’

Lana Nodin pun tidak ralat dan teragak-agak meninggalkan dunia senia maka seharusnya kita semua memberikan sokongan kepada artis tersebut supaya dapat menumpukan perhatian kepada keluarga. Opss! selamat pengantin baru.

335 total views, 335 views today

ep2p-2