Kim Swee Umum Senarai Akhir B23 Negara Ke Sukan SEA

Berikut adalah senarai akhir 20 pemain skuad B-23 negara ke Sukan SEA 2015 di Singapura, 30 Mei hingga 15 Jun ini yang dikeluarkan jurulatih B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee pada sidang media di The Saujana Hotel, Subang, malam tadi.

Tujuh pemain digugurkan daripada senarai akhir itu iaitu Syazwan Yusoff, Rozaimi Abd Rahman, Ferris Danial Mat Nasir, Akram Mahinan, Farhan Roslan, Arip Amiruddin dan Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris.

“Selepas mengambil kira banyak aspek, seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, prestasi semasa memainkan peranan penting dalam pemilihan 20 pemain akhir ke Sukan SEA kali ini.

“Jangka waktu yang saya ada menyebabkan saya terpaksa mengetepikan Rozaimi dan Ferris Danial. Bukan bermakna mereka berdua ini tidak boleh beraksi, tapi kesuntukan masa untuk mengejar tahap kecergasan terbaik dan prestasi semasa mereka menjadi faktor mengapa mereka diketepikan.

“Keputusan untuk menggugurkan Rozaimi dan Ferris Danial ini adalah yang paling susah untuk dibuat sepanjang karier saya tetapi pada masa sama, saya perlu melakukan sesuatu yang terbaik untuk pasukan secara keseluruhannya,” kata Kim Swee pada sidang media, malam tadi.

Kim Swee turut mengumumkan Fandi Othman sebagai ketua pasukan manakala Gary Steven Robbat dan Amer Saidin sebagai penolong ketua pasukan.

Skuad B-23 negara berlepas ke Singapura, pagi esok (Rabu) dan akan memulakan saingan Kumpulan B bertemu Timor Leste di Stadium Bishan, Sabtu ini.

Berikut senarai pemain:

1 FARHAN ABU BAKAR HARIMAU MUDA B PENJAGA GOL

22 FIRDAUS MUHAMAD KEDAH PENJAGA GOL

3 SHAHRUL SAAD FELDA UNITED PERTAHANAN

5 SYAZWAN TAJUDIN KEDAH PERTAHANAN

17 FANDI OTHMAN JDT II PERTAHANAN

21NAZIRUL NAIM CHE HASHIM HARIMAU MUDA B PERTAHANAN

24 ARIFF FARHAN MD ISA HARIMAU MUDA B PERTAHANAN

25ADAM NOR AZLIN HARIMAU MUDA B PERTAHANAN

26 AMER SAIDIN JDT PERTAHANAN

29 MATTHEW DAVIES PAHANG PERTAHANAN

6 D SAARVINDRAN PAHANG TENGAH

7 NAZMI FAIZ MANSOR SELANGOR TENGAH

8 SAIFUL RIDZUWAN SELAMAT SELANGOR TENGAH

12 GARY STEVEN ROBBAT JDT TENGAH

16 NURRIDZUAN ABU HASSAN PERAK TENGAH

18 SYAHRUL AZWARI IBRAHIM HARIMAU MUDA B TENGAH

19 FAIZAT GHAZLI HARIMAU MUDA B TENGAH

28 AMIRUL HISYAM AWANG KECHIK HARIMAU MUDA B TENGAH

9 SYAFIQ AHMAD KEDAH PENYERANG

20 S KUMAAHRAN HARIMAU MUDA B PENYERANG

ep2p-5small