Kajian dedahkan PKR akan kalah di PRK Permatang Pauh.

PKR hari ini mendedahkan kemungkinan bahawa peratusan rendah keluar mengundi di pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 7hb ini akan menyebabkan Wan Azizah tewas di kerusi Parlimen berkenaan.

Menurut pemimpin PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin di Yayasan Aman sebentar tadi, kemungkinan tersebut dibuat berdasarkan dari satu hasil kajian persendirian yang telah dijalankan oleh pihak mereka.

Sim menjelaskan, jika 68 peratus atau kurang pengundi di Permatang Pauh keluar mengundi pada hari berkenaan, PKR akan kehilangan kerusi mereka di kubu kuat Anwar tersebut.

Sim juga menyatakan bahawa keputusan kajian tersebut amat membimbangkan dan Pakatan Rakyat kini gusar jika pilihanraya kecil Permatang Pauh ini akan menerima nasib yang sama seperti di PRK Teluk Intan dahulu.

“Pengundi keluar mengundi, dalam penyiasatan baru, menunjukkan bahawa ia akan kurang daripada 68 peratus,

“Ini amat membimbangkan kerana jika kita mempunyai 7,000 pengundi luar kawasan dan Permatang Pauh adalah pilihan raya teladan politik.

“Jika kurang daripada 68 peratus, kita mungkin melihat berulangnya Teluk Intan,” katanya kepada media.

Pada Pilihanraya Umum 2013 lalu, 88 peratus pengundi di Permatang Pauh keluar mengundi untuk membolehkan Anwar Ibrahim memenangi majoriti kerusi Parlimen berkenaan. Jumlah itu dijangkakan menurun berikutan penolakan oleh ahli-ahli serta penyokong PAS terhadap calon PKR disebabkan isu Hudud. – Utaranews.com

ep2p-5small