Kaer Azami Kembali Dengan Kisah Baru!

Advertisement

Siapa ingat lagi dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Kaer Azami? Lama sudah diri menyepi dari industri muzik, kini Kaer dah kembali!

Setelah lama menghilang kerana menyambung pengajian dan kerja di Indonesia, Kaer kembali dengan persediaan yang cukup sebelum single Andai disiapkan lagi.

Nampaknya Kaer kembali gigih untuk aktif kembali di dalam bidang nyanyian dengan memasuki kelas vokal Cikgu Siti Hajar dua kali setiap seminggu.

Kaer Azami Kembali Dengan Kisah Baru!

Kaer Azami buka perniagaan pakaian, Kazami dan Quhji.

“Saya dah lama tak aktif, jadi saya sendiri mahu asah suara saya dengan kembali ke kelas vokal.

“Sehingga sekarang saya masih masuk kelas Cikgu Siti Hajar dua kali seminggu,” jelasnya.

Baginya persediaan yang cukup itu penting sebelum dirinya kembali menerima mana-mana undangan mengadakan persembahan. Mengekalkan identiti seperti dahulu, Kaer masih tetap menyanyikan lagu berentak Pop.

Bagi yang meminati Kaer Azami, kini dirinya juga menceburkan diri di dalam bidang perniagaan pakaian lelaki berjenama Kazami dan Quhji. Menurutnya juga, pakaiana wanita muslimah masih lagi dalam perancangan.

Hebat juga si Kaer ni, kembalinya dirinya dengan pelbagai bidang. Apa-apa pun tahniah dan selamat kembali semula ke dalam industri hiburan tempatan.

4 total views, 4 views today

ep2p-2