Juliana Evans Memilih Soal Lelaki Pilihan?

Advertisement

Setelah gagal dalam beberapa kisah percintaanya sebelum ini, Juliana Evans kini mengakui hatinya masih lagi kosong tanpa kehadiran lelaki istimewa dalam hidupnya.

Mungkin tidak mahu lai terus dikecewakan dalam percintaan, Juliana dilihat seperti lebih memilih atau berhati-hati memilih calon istimewa bagi mengisi kekosongan hidupnya.

Walaupun dikaitkan dengan SonaOne, “Juliana Evans Akui Selesa Berkawan Dengan SonaOne” namun “SonaOne Nafi Bercinta Dengan Juliana Evans” malah akui Juliana lagi “Cintanya Kini Adalah Kepada Kariernya-Juliana Evans“.

Artikel sebelum:- Juliana Evans Tumpang Gembira Sam Bunkface Kahwin

Juliana Evans Memilih Soal Lelaki Pilihan

“Saya belum ada teman lelaki. Nanti dululah semua itu. Bukanlah saya ni sukar didekati.

“Saya ada keluar dengan beberapa lelaki tapi orangnya tak sesuai. Kali ini, kalau saya mahu ada teman lelaki, saya perlu betul-betul kenal hati budi masing-masing dahulu,” jelasnya.

Sabarlah Juliana, mungkin masih belum tiba sang putera yang sesuai dalam hidup anda. Daripada buang masa fikir tentang soal cinta yang tidak berkesudahan, lebih baik fokus terhadap kerjaya dan diri anda agar menjadi yang lebih  baik di masa hadapan. Betul tak?

5 total views, 5 views today

ep2p-2