Izara Aishah Tak Faham Dituduh Berubah Dan Sombong

Advertisement

Rasanya tiada apa-apa rahsia lagi tentang kisah “Izara Aishah Dan Adib Punyai Hubungan Istimewa” kerana umum dapat melihat sendiri “Izara Aishah Makin Hangat Bercinta” bersama kekasihnya yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios.

Namun, jawatan mahupun hubungan yang terjalin bukannya punca kepada mulut-mulut di luar sana yang mendakwa Izara Aishah kini sudah berubah.

Pelakon yang muncul menerusi program Dewi Remaja itu menafikan dakwaan terhadapnya yang mengatakan sudah berubah dan bersikap sombong.

Izara Aishah Tak Faham Dituduh Berubah Dan Sombong

Izara Aishah bersama kekasihnya Adib

Baginya, siapa dia kini masih sama dengan dirinya yang terdahulu.

“Sebelum ini saya lebih fokus kepada kerjaya berbanding cerita peribadi. Cuma sekarang ni saya lebih terbuka berkongsi hal peribadi saya di media sosial jadi mungkin dari situ orang baru nampak dan tahu perangai saya.

“Tapi saya tak faham kenapa orang cakap saya sekarang sudah sombong sedangkan saya masih Izara Aishah sama seperti awal-awal saya masuk industri. Kalau jumpa dengan peminat di luar pun, saya sedia melayan atau bergambar dengan mereka.

“Kalau betul saya sudah berubah, tiada pula kawan-kawan rapat atau keluarga yang menegur atau merungut tentang perubahan sikap saya,” ujarnya.

Izara Aishah Tak Faham Dituduh Berubah Dan Sombong

Biasalah tu mulut orang kan, memang susah sangat nak ditutup. Sabar sahajalah, yang pasti kalau betul Izara Aishah tidak berubah teruskan seperti itu. Bukan apa, kadang-kadang manusia mudah lupa daratan. Harap-harap Izara tidak termasuk di dalam golongan tersebut.

273 total views, 273 views today

ep2p-2