Isu Didakwa Peluk Islam, Stacy Anggap Melampau!

Advertisement

Nampaknya sejak akhir-akhir ini Stacy sering diburu kontroversi hangat yang melanda dirinya. Jika terdahulu “SENSASI! Kenyataan Hubungan Cinta Akim & Stacy Bercanggah?” terkini pula berkaitan isu agama yang kononnya Stacy dilaporkan sudah memeluk agama Islam.

Menarik artikel sebelum:- Stacy Lebih Berhati-Hati Bicara Soal Peribadi!

Isu Didakwa Peluk Islam, Stacy Anggap Melampau!

Stacy ketika ditemui menafikan sekerasnya dakwaan mengatakan beliau sudah memeluk agama. Stacy yang akui sedikit kesal dengan dakwaan itu menganggap gosip itu melampau dan keterlaluan kerana ia bukan sahaja melibatkan agama malah melibatkan keluarganya juga.

Gosip liar tersebut kini mula menjadi viral di laman sosial apabila salah sebuah portal hiburan telah menyebarkan sekeping gambar Stacy dimana ketika itu sedang mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang ustaz.

“Saya tak tahu nak cakap apa. Tak kisah pun ya, geram pun ya. Sebelum ini saya pernah terpalit dengan khabar angin seperti ini tetapi bagi saya gosip kali ini agak melampau. Lebih-lebih lagi bab-bab berkaitan agama, kita tidak boleh main-main.

“Ia agak sensitif terutamanya bagi masyarakat kita”.

“Kalau terkena dekat saya seorang, tidak apa. Ini tidak, kasihan keluarga saya menerima panggilan sejak kelmarin (Rabu) sehingga semalam (Khamis) yang hanya mahu mengesahkan sama ada saya masuk Islam atau tidak.”

Kepada pihak yang berwajib sudah-sudah ler buat cerita yang tidak betul kerana isu agama merupakan isu sensitif terutamanya bagi masyarakat. Penulis sendiri pun tidak faham mengapa isu ini timbul apa mungkin ada pihak yang cuba menjatuhkan Stacy?

4 total views, 4 views today

ep2p-2