Hoki Piala Sultan Johor 2015

Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2015 akan kembali dan dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 18 Oktober 2015 akan datang di Johor Bharu. Kejohanan hoki jemputan bawah 21 tahun ini merupakan kejohanan edisi kelima sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2011. Pasukan Malaysia selaku tuan rumah dan juara edisi pertama 2011 bersama Pasukan Juara Bertahan 2 kali berturut-turut (2013 & 2014), India, Australia (Juara Edisi 2012), Pakistan, Great Britain dan Argentina akan menyertai kejohanan kali ini.

Saingan dijangka sengit di mana setiap pasukan mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing. Pasukan hoki negara bawah 21 tahun di bawah bimbingan Ketua Jurulatih berpengalaman, Arul Selvaraj pastinya menjadikan Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2015 sebagai medan mempersiapkan pasukan negara menghadapi Kejohanan Hoki Piala Asia Remaja 2015 yang dijadualkan berlangsung di Kuantan pada November 2015 akan datang di mana ianya menawarkan 4 slot ke Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 akan datang. Bual Sukan berharap, pasukan negara mampu melakar keputusan yang membanggakan selain mempamerkan aksi bertenaga dalam setiap perlawanan. 

ep2p-2