Hans Isaac tak mengaku bercinta dengan Neelofa..

Baru-baru ini kecoh kat laman sosial mendakwa pasangan yang pernah bercinta suatu ketika dahulu, Hans Isaac dan Neelofa dah kembali bercinta semula..

Semua tu pun sebab ada pihak nampak mereka berdua mesra kat sebuah restoran.. Dah keluar berdua memang la orang ingat pasangan bercinta kan? Kalau ada kawan-kawan lain tu kurang sikit spekulasi orang tentang hubungan mereka..

Walaupun macam mana pun, Hans menegaskan dia tak ada sebarang hubungan istimewa pun dengan Neelofa.. Dorang dah pun mempunyai kehidupan sendiri dan hormati antara satu sama lain sebagai rakan artis..

“Tentang Lofa (Neelofa), saya tiada komen tentang itu. Saya mempunyai kehidupan sendiri dan begitu juga dia.

Kami menghormati sesama sendiri sebagai rakan artis dan diharap kenyataan ini dapat menjelaskan persoalan yang timbul.” jelas Hans..

Hans sebelum ini ada mengakui sedang mengenali seseorang, tetapi dia rahsiakan identiti gadis tu.. Gosip seperti ini tak menjejaskan hubungan dia dengan aweknya tu..

Hmm..nampaknya memang awek dia tu bukan Neelofa la, mungkin dorang hanya keluar makan bersama sebagai kawan artis..hehe.. Miss A/Utaranews.Com

ep2p-2