SEORANG guru wanita dari Republik Czech dibuang kerja selepas pelajarnya menjumpai video ujibakat pencarian bintang lucah yang dilakonnya tersebar di Internet, baru-baru ini.

Selepas ibu bapa pelajarnya mengetahui perkara tersebut, pihak sekolah telah didesak untuk membuang cikgu yang berkelakuan tidak senonoh itu.

Bagaimanapun, cikgu tersebut mempertahankan dirinya dengan menafikan terlibat dalam video lucah, sebaliknya mengatakan dirinya tertipu dan diberikan dadah oleh si perakam.

Dalam video itu, cikgu terbabit yang digelar Lucie mengatakan dia seorang ibu anak dua dan tujuannya mencuba pekerjaan baharunya itu adalah untuk mencuba sesuatu yang baharu selain daripada mengajar yang merupakan profesionnya sebelum ini.

– MYNEWSHUB.CC