GEMPAR! Fahrin Ahmad Sah Nikah Sabtu Ini

Advertisement

Gosip “Fahrin Ahmad Bakal Umumkan Perkahwinan?” akhirnya terjawab apabila dirinya sendiri telah pun mengumumkan bakal bernikah pada ulang tahun kelahirannya iaitu 9 Mei 2015 yang jatuh pada hari Sabtu.

Wahh sudah semestinya ramai yang ingi tahu siapakah gerangan wanita bertuah itu. Betul tak? Macam dah tak keruan dah ni nak tahu siapakah bakal isterinya tambah-tambah Fahrin enggan mendedahkannya.

Dalam fikiran kami, Izreen Azminda antara wanita yang dijangka menjadi isteri Fahrin memandangkan gosip-gosip cinta mereka yang berkeliaran. – MERIAH! Majlis Doa Selamat Penghijrahan Izreen Dan Ulangtahun Fahrin.

GEMPAR! Fahrin Ahmad Sah Nikah Sabtu Ini!

Fahrin Ahmad sebelum ini digosipkan dengan Izreen Azminda.

“Saya akan bernikah pada Sabtu ini iaitu pada hari tarikh lahir saya yang jatuh pada 9 Mei. Tetapi buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan siapa bakal isteri saya itu.

“Biarlah anda semua (media) tahu pada majlis pernikahan itu nanti.Tetapi wanita itu bukan di kalangan selebriti,” katanya.

Tambahnya lagi, wanita istimewa ini dikenalinya sejak setahun yang lalu namun tidak diketahui umum.

GEMPAR! Fahrin Ahmad Sah Nikah Sabtu Ini!

Tahniah kami ucapkan kepada Fahrin dan pasangan walaupun identiti sebenar wanita itu masih dirahsiakan. Kami percaya wanita itu mempunyai aura tersendiri yang akhirnya membuka hati Fahrin untuk mendirikan tumah tangga.

294 total views, 294 views today

ep2p-2