Fida Ibrahim Kini Lebih berhati-hati Dalam Berfesyen?

Advertisement

Dunia hiburan tanah air sunyi sekejap dari dilimpahi kontroversi pelakon Fida Ibrahim yang mirip Dato Siti Nurhaliza. Fida Ibrahim sebelum ini menyerlah sebagai bintang selepas menyertai program Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene.

Dek kerana munculnya cerita negatif dan pada saat itu Fida Ibrahim mengambil keputusan untuk ‘cool down’ termasuk tidak menghadiri sebarang majlis besar seperti majlis penganugerahan.

Kini Fida Ibrahim telah membuat comeback dan melantik abangnya sendiri sebagai pengurusnya dan ingin membuat penjenamaan semula nama sebenar Rafidah Ibrahim.

fida ibrahim

Fida Ibrahim yang kini lebih berhati-hati dalam soal berpakaian disebabkan sebelum ini sering dikritik selalu tidak mengayakan fesyen yang sesuai. Jadi memang wajar comeback beliau kali ini menitik beratkan hal fesyen.

“Dulu, Fida pernah dikaitkan dengan cerita kurang enak mengenai pakaian yang Fida pakai. Jadi selepas ini, Fida akan lebih berhati-hati dan tidak akan membiarkan orang lain membuat keputusan tentang apa yang akan Fida pakai terutamanya apabila ke majlis tertentu.

“Sebaliknya, Fida akan menyerahkan kepada abang Fida untuk membuat keputusan tentang fesyen bagaimana yang sesuai untuk Fida,”

Penulis berharap kemunculan Fida Ibrahim kali ini sentiasa mempunyai imej bersih dan bijak dalam menjaga penampilan imej. Takut juga sekiranya Fida Ibrahim dikritik sekali lagi dek kerana tersalah memilih fesyen yang sesuai. Maklumlah menjadi selebriti popular sentiasa ada sahaja mata-mata yang memandang. Tak gitu?

14 total views, 14 views today

ep2p-2