Fellaini menangis ketika David Moyes dipecat

Marouane Fellaini spent six years working with David Moyes after he was first signed by the Scottish manager in 2008LONDON – Marouane Fellaini mendedahkan, dia menangis ketika David Moyes dipecat sebagai pengurus Manchester United.

Moyes adalah orang yang bertanggungjawab membawa Fellaini dari Everton ke United dengan perpindahan 27.5 juta pound (RM 152.85 juta).

Jurulatih kelahiran Scotland itu bagaimanapun dipecat hanya 10 bulan selepas membimbing United kerana gagal mencatat keputusan memberangsangkan.

“Kami sudah dengar tentang berita ini (Mo­yes akan dipecat) di radio dan televisyen, tetapi saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya.

“Satu hari, saya ke kantin dan saya nampak dia tidak memakai pakaian kebiasaannya (pakaian sukan), sebaliknya dia memakai sut.

“Ketika itu, saya memberitahu diri sendiri, ini adalah pengakhirannya.

“Selepas saya selesai makan, dia memanggil saya ke bilik dan memberitahu saya mengenai be­rita ini. Inilah bola sepak.

“Air mata saya mengalir dan itu normal kerana saya juga adalah manusia yang mempunyai pe­rasaan.“Sudah enam tahun saya be­kerjasama dengannya, dia bukan saja ibarat bapa kedua, sebaliknya bagaikan bapa sebenar saya. Dia banyak membantu saya dalam bola sepak,” kata Fellaini dalam temu bual dengan majalah So Foot magazine. Sungguhpun sedih kehilangan Moyes, namun Fellaini masih mendapat tempat di bawah pengurus baharu, Louis van Gaal.Jurulatih kelahiran Belanda itu sering menggunakan kelebihan fizikal yang dimiliki Fellaini untuk menguatkan United bagi memberi tekanan kepada pasukan lawan.

“Apa yang Van Gaal sering katakan kepada saya ialah sentiasa dekat dengan Wayne Rooney dalam kawasan kotak.

“Dia pernah datang berjumpa saya dan bertanya kepada saya: ‘Anda tahu mengapa anda masih bermain?’ dan saya jawab ‘Tidak tahu’. Dia memberitahu bahawa saya sukar kehilangan bola.

“Jika saya mula kehilangan bola sewaktu sesi latihan dia akan cakap kepada saya: ‘Saya turun­kan anda kerana anda tidak hilangkan bola dan jangan mula untuk kehilangan bola.

“Di awal kehadirannya memang sukar kerana saya sering dipersalahkan,” ujarnya. – AGENSI

ep2p-2